twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Panduan Memilih Sahabat


Allah s.w.t menegah kita daripada bersahabat dengan orang-orang fasik yang sentiasa melanggar hukum Allah s.w.t walaupun adakala ia melakukan amal ibadat kecuali kita yakin bahawa kita dapat berdakwah kepadanya untuk menjadi lebih baik. Al-Qamah seorang ulama' mashyur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya untuk memilih sahabat. Antaranya ialah:

a - Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka ia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

b - Jika ia mendapat sesuatu kebajikan atau pertolongan daripadamu ia akan menghargainya.

c - Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti ia akan melindungimu.

d - Jika engkau berdua berselisih faham , dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.


Saiyidina Ali kmh. pernah berkata antaranya:
" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu ketika kamu susah dan senang . Ia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa saja demi untuk kepentinganmu."


Masih adakah lagi sahabat pada zaman moden ini....fikir-fikirkan.

Burung Baca al-Quran

Sesal Dahulu Pendapatan

Murtad Melalui Perbuatan


Perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad di antaranya:

* sujud menyembah berhala.

* Sujud menyembah matahari dan bulan.

* Sujud kepada makhluk-makhluk lain seperti manusia, haiwan, kayu, batu, kubur dan sebagainya,

* Membuangkan al-Quran atau hadith Nabi s.a.w ketempat yang hina atau memijak-mijaknya.

Seseorang Islam yang melakukan perbuatan - perbuatan yang tersebut sama ada  sengaja, sombong , takabur atau berlakon atau kerana hendak meghina agama Islam boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dan kafir

Murtad Melalui Iktiqad ( Kepercayaan )


Seseorang Muslim boleh menjadi murtad yakni terkeluar dari Islam melalui iktikad iaitu kepercayaan yang bertentangan dengan aqidah Islam. Di antaranya ialah:

* Tidak mengakui bahawa Allah s.w.t ialah Tuhan yang hanya berhak disembah.

* Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, atau mengingkari salah seorang rasul yang terdahulu dari Nabi Muhammad s.a.w.

* Tidak mengakui bahawa al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s.

* Tidak mempercayai atau meragui hukum-hukum Allah s.w.t yang disebut di dalam al-Quran dan hadith nabi.

* Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Hari Kiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan Hari Kiamat seperti syurga, neraka dan lain-lain.

* Tidak mempercayai qada' dan qadar iaitu buruk atau baik semuanya ditentukan dan datang dari Allah s.w.t.

* Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma' sahabat-sahabat Nabi s.a.w dalam perkara-perkara agama.

* Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan dalil-dalil qatie seperti menghalalkan zina, minum arak, berjudi, makan riba' dan sebagainya.

* Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan oleh allah s.w.t debgan dalil-dalil qatie' seperti jual beli, berkahwin, sewa dan sebagainya.

* Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam sesuatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau rakaatnya.

* Tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qatie'seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa sebulan Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...