twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Diam dan Menjaga Lidah


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat hendaklah ia berkata baik atau diam"..Ini kerana apabila baik lisan seseorang maka baiklah anggotanya. Sekiramya buruk lidah seseorang maka buruklah anggota badannya.

Kelebihan orang yang menjaga lidah:

* Menjaga lidah boleh menjamin seseorang untuk masuk syurga.
* Menjaga lidah boleh menghalang seseorang dari masuk neraka.
* Orang yang menjaga lidah dapat merealisasikan kebenaran dalam urusannya.
* Lisan yang baik akan menghasilkan  hati yang baik dan hati yang baik akan membawa kepada  iman yang benar dan iman yang benar akan membawa tuannya ke syurga.
* Pada diamnya lidah itu terdapat keselamatan dan kesejahteraan hidup.
* Allah s.w.t menyediakan ganjaran yang sangat hebat kepada mereka yang menjaga lidahnya.
* Menjaga lidah membawa kepada menjaga aurat.
* Berdiam diri dan akhlak yang baik itu adalah dua perkara yang ringan dan mudah tetapi ia boleh membawa ke syurga.


Ketahuilah bahawa manusia ramai masuk neraka kerana tiga anggota iaitu lidah, hati dan kemaluan.

Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu



Menuntut ilmu adalah merupaka satu ibadah sekiranya ia bertepatan dengan suruhan agama. Sebagaimana kita tahu bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w ialah berkenan dengan menuntut ilmu iaitu membaca. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Alaq ayat 1-5 bermaksud : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena( tulis) Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya. Menuntut ilmu adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia dan tuntutan agama sebagaimana sadba Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah menjadi wajib ke atas setiaporang Islam." Kata pepatah arab : " Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China ." Oleh sebab itu sebagai galakan kepada semua , maka saya senaraikan secara ringkas tentang fadhilat menuntut ilmu:

* Orang yang berilmu adalah mulia di sisi Allah s.w.t sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :" Allah mengangkat beberapa darjat bagi orang yang beriman dan beramal soleh.

* Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan untuk masuk syurga.

* Orang yang  menuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat rahmat dan mendapat ketenangan jiwa.

* Allah s.w.t, malaikat serta tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk di langit dan di bumi  berselawat ( yakni mendoakan kebaikan ) kepada semua penuntut ilmu

*  Allah  mengampunkan segala dosa orang yang menuntut ilmu ( dosa kecil ) adapun dosa besar mestilah bertaubat

Kelebihan Membaca Al-Quran


Al-Quran adalah surat-surat dari Allah s.w.t. Seseorang kekasih sudah tentu akan membaca dan melihat setiap hari surat yang telah dikirimkan oleh kekasihnya. Sesungguhnya seorang hamba itu seharusnya merasa rindu untuk membaca al-Quran yang telah diturunkan kepadanya sebagai panduan hidup. Al-Quran itu sekiranya dibaca dan diamalkan maka ia akan membuahkan hasil yang baik kepada umat Islam. Al-Quran boleh menyelesaikan penyakit-penyakit kronik yang dihadapi oleh masyarakat hadhari kini. Mengapa kita tidak mampu untuk menangani masalah sosial walaupun kita ada al-Quran. Jawapanya ialah seperti seseorang yang sakit lalu ia pergi berjumpa doktor, lalu doktor memberinya ubat yang tertulis pada bungkusan ubat tersebut peraturan , cara dan masa makan ubat tersebut. Lalu si pesakit ini balik ke rumahnya dan membaca peraturan makan ubat itu tetapi tidak memakan ubat tersebut ( tidak beramal ), maka sudah tentu ubat tadi tidak akan memberi apa-apa kesan kepada penyakitnya. Bigtulah juga dengan al-quran , sekiranya kita hanya membacanya sahaja tanpa mengamalkannya maka ia tidak dapat untuk menyelesaikan masalah gejala sosial yang sedang dalam tahap kritikal.

Kelebihan Orang yang membaca al-Quran:

* Pembaca al-Quran adalah sebaik-baik manusia.
* Setiap huruf yang dibaca ganjaranya ialah sepuluh kebajikan.
* Orang mahir membaca al-Quran akan dibangkitkan bersama orang yang mulia lagi berbakti .
* Al-Quran menjadi pemberi safaat kepada tuannya ( orang yang membacanya)
* Sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai panduannya , maka al-Quran akan membawanya ke Syurga.
* Pembaca al-Quran akan berada hampir dengan Allah s.w.t di akhirat nanti.
* Rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya dianggap sebagai kubur, maka tuannya adalah mayat.
* Al-Quran akan menjadi temannya di dalam kubur yang gelap dan sunyi itu.

Peringatan:
Zaman sekarang ibubapa akan marah sekiranya tidak pandai BI,Sains dan Matematik, tetapi ibubapa tidak merasa risau walaupun anaknya buta al-Quran. Fikir-fikirkan..................

Adat Yang Diterima Syariat.


Islam tidak melarang pengikutnya untuk mengamalkan adat-adat yang tidak bertentangan dengan syariat. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah:

* Adat itu tidak bertentangan dengan nas syarak. Sekiranya ia bertentangan dengan nas syarak maka wajid dibuang jauh-jauh. Seperti membaca doa sebagai pembukaan majlis tetapi majlis tersebut diisi dengan tarian , nyanyian serta perkara-perkara yang laghouth( sia-sia).

* Adat tersebut telah diketahui dan diamal oleh masyarakat umum dan semua mengetahuinya seperti orang lelaki pakai kain batik pergi ke laut bagi orang kelantan.

* Adat yang dilakukan itu sudah wujud dan masih diamalkan hingga kini .

* Tidak wujud satu perkataan mahupun perbuatan yang menyalahi adat.

Ciri-Ciri Mukmin Sejati









Dalam Surah Mukminun Allah s.w.t telah menyatakan sifat-sifat mukmin yang sejati dari ayat 1 hingga 10.

Orang-orang mukmin yang bersifat dengan sifat demikian adalah orang berjaya di dunia dan akhirat. Antara sifat yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t ialah :

* Orang khusyu' di dalam solatnya. Menurut Zainuddin 1988 di dalam Terjemah al-Quran, khusyu' bererti tunduk hati dan tetap ingatan kepada Tuhan ketika mengerjakan sembahyang atau ketika memohon doa kepadanya.Ibn A'bbas berpendapat khusyu' bermaksud takut dan tenang. Saidina  Ali k.w. pula mengatakan bahawa khusyu' di dalam ayat ini ialah khusyu' hati. sementara Hassan al-Basri pula berpendapat khusyu' itu ialah khusyu' hati, tunduk pandangan dan merendahkan diri di hadapapun dan Allah s.w.t. . Muhammah din sirrin berkata bahawa Sahabat Rasulullah s.a.w apabila solat mereka mengangkat pandangan ke langit dan apabila ayat ini diturunkan maka mereka menundukkan pandangan mereka ke tempat sujud. Dan khusyu' di dalam sembahyang itu akan  terhasil apabila seseorang itu mengosongkan hati daripada perkara-perkara lain dan diisikan sepenuhnya dengan solat. Pada ketika itu solat akan membuat dirinya tenang dan penyejuk mata. Sabda Rasulullah s.a.w: " Aku suka kepada wangian, wanita( isteri ) dan solat kerana solat menjadikanku sejuk mata memandang ( tenang )."

* Sifat mukmin yang ke dua ialah meninggalkan perkara-perkara sia-sia ataupun perkara-perkara batil yakni termasuk syirik kepada Allah s.w.t., maksiat , kata-kata dan perbuatan yang tidak berfaedah.

* Menunaikan zakat. zakat di dalam ayat ini menurut Muhammad Ali as-Sobuni ialah zakat harta. Ada pula yang berpendapat perkataan zakat bermaksud menyucikan diri daripada perkara-perkara syirik dan keji.

* Menjaga kemaluan mereka daripada melakukan perkara-perkara keji seperti berzina, liwat dan tidak menghampiri perempuan-perempuan yang bukan mahram kecuali terhadap isteri dan hamba sahaya mereka yang telah dihalalkan kepada mereka. Al-Imam as-Syafie juga berhujjah dengan ayat ini tentan hukum haram " istimna" iaitu berzina dengan tangan.

* Mereka menunaikan amanah dan menepati janji. tidak seperti sifat munafik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila mereka bercakap maka mereka berbohong, apabila mereka berjanji mereka ingkari dan apabila mereka diberi amanah maka mereka mengkhianati."

* Mereka menjaga solat . Yakni sentiasa sembahyang di awal waktu sebagaimana Ibn Masu'd berkata: Aku bertanya Rasulullah tentang apakah amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ?. maka Rasulullah s.a.w memjawab: Sembahyang di awal waktu , berbuat baik kepada ibubapa dan berjihad di medan peperangan. Qatadah berkata , menjaga solat bermaksud menjaga waktunya, ruku'nya dan sujudnya.

Apabila seseorang mukmin itu bersifat dengan akhlak mahmudah tersebut maka Allah s.w.t akan mewariskan mereka syurga Firdaus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...