twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Tanggungjawab Anak Terhadap Ibubapa


Seseorang anak mestilah menunaikan tanggungjawab  terhadap ibubapanya terutama sekali ketika mereka sudah tua. Antara perkara yang wajib dilakukan oleh seorang anak ialah:

* Memberi makan , minum dan semua urusan kehidupan seharian.
* Menyediakan pakaian untuk kedua-duanya.
* Menyahut panggilan mereka.
* Mentaati perintak kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan hukum syara'.
* Melembutkan suara ketika berbicara dengan mereka.
* Menyeronokkan hati mereka.
* Menyayangi mereka sepenuh hati.
* Merendahkan diri terhadap mereka.
* Tidak mengherdik mereka.

Ketahuilah bahawa balasan kepada dosa yang dilakukan oleh Umat Nabi Muhammad akan dikenakan di hari akhirat nanti kecuali satu dosa yang akan disegerakan di atas dunia iaitu dosa orang menderhakai ibubapanya. Jadi fikir-fikirkanlah...........

Sebab-Sebab Hati Menjadi Sakit Dan Penawarnya


Antara jenis hati ialah hati sihat, hati sakit dan hati mati. Punca-punca yang menyebabkan hati seseorang itu menjadi sakit ialah:

* Terlalu mencintai dan mengharapkan kehidupan duniawi. Ia sanggup menghabiskan waktu dan memerah akal fikiran untuk memikirkan keduniaan semata-mata tanpa mengambil kira akhirat yang pasti akan ditujuinya.

* Terlalu mengikut hawa nafsu. Manusia dianugerahkan akal fikiran , akal inilah yang akan mengawal dan memandu nafsu kita supaya berada pada landasan yang betul dan dibenarkan oleh syara'. Apabila hawa nafsu sudah mengawal akal kita maka pada saat itu rosaklah kehidupan kita.

* Selalu marah, ini kerana sifat marah dan taasub dengan nafsu menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil serta tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan benar.

* Suka kepada sifat menunjuk-nunjuk , suka menjadi orang yang disanjung dan menjadi ketua dalam segala hal.

* Terlalu banyak perdebatan dan percakapan yang tidak memberi faedah dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

* Penyakit hasad dengki dan takabbur yakni sombong dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain.

Cara-Cara Mengubatinya:

- Memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t.
- Memperbanyakkan membaca al-Quran.
- Memperbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.
- Berpuasa sunat.
- Berakhlak denganakhlak yang mulia.
- Berbuat baik kepada ibu bapa.
- Banyakkan bersedekah.

Semoga Allah s.w.t memberkatinya.

Murtad Melalui Perkataan


Perkataan - perkataan yang boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad ialah mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran, di antaranya ialah:

- Mengatakan Allah s.w.t itu ada sekutunya dan berbilang-bilang.
- Mengatakan bahawa Allah s.w.t tidak berkuasa ke atas alam ini.
- Mengatakan bahawa Syariah Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara     individu dengan masyarakat dan negara.
- Mengatakan hukum-hukum Islam tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat moden dan berbilang bangsa pada hari ini.
- Mengatakan bahawa sesetengah hukum Islam tidak sesuai lagi digunakan pada hari ini dan hanya sesuai pada zaman silam sahaja.
- Mengatakan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat oleh ulama' tafsir terdahulu tidak lagi sesuai digunakan
sebagai dasar hukum hari ini  dan menganjurkan ulama' hari ini untuk membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummah dan kedudukan negara masa kini.
- Mengatakan bahawa agama Islam itu sama sahaja dengan agama lain
- Mengatakan bahawa qada' dan qadar bukan datang dari Allah s.w.t malah ia datang dari makhluk itu sendiri atau dari kekuatan alam semula jadi.
- Mengatakan bahawa Allah s.w.t adalah salah satu daripada tiga Tuhan iaitu Nabi Isa, Maryam dan Ruh al-Qudus.

Barangsiapa yang pernah mengeluarkan salah satu daripada perkataan di atas maka hendak ia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan segera sebelum Allah s.w.t menjemputnya ke lubang kubur ..........

Anda Ingin Murah Rezeki ...?


Ada empat perkara yang membolehkan seseorang itu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t antaranya ialah:

* Sentiasa Qiamullail - Yakni bangun sembahyang 2/3 malam ketika insan lain sedang nenyak dibuai mimpi.

* Sentiasa berIstighfar - Yakni memohon keampunan dari Allah s.w.t lebih-lebih lagi 2/3 malam ( waktu sahur)



 
  * Sentiasa rajin bersedekah lebih-lebih lagi kepada orang yang memerlukan.

  * Sentiasa berzikir di awal pagi dan di petang hari.

Hikmah Poligami





Poligami bererti mengamalkan beristeri lebih dari satu iaitu dua, tiga atau maksimumnya empat. Islam mengharuskan poligami ini atas beberapa alasan dan sesiapa yang mengingkari keharusan poligami ini boleh menjadi murtad kerana ia telah dijelaskan dan dibenarkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Antara hikmah yang dapat dikesan ialah:





1 - Sekiranya sang suami mempunyai kehendak nafsu yang sangat kuat sehingga isterinya tidak mampu untuk memenuhi tuntutan suaminya.

2 - Sekiranya sang isteri selalu uzur sehingga tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagi seorang isteri kepada suaminya.

3 - lelaki yang sanggup mengahwini janda akan menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu akibat kematian suami di meda jihad.

4 - Menyelamatkan wanita atau anak dara yang masih belum berkahwin.

p/s: Poligami tidak disyaratkan kebenaran daripada isteri.
       Poligami adalah merupakan satu jalan penyelesaian kepada masalah
       bukan satu peluang yang akhirnya menimbulkan masalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...