twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Murtad Melalui Perbuatan


Perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad di antaranya:

* sujud menyembah berhala.

* Sujud menyembah matahari dan bulan.

* Sujud kepada makhluk-makhluk lain seperti manusia, haiwan, kayu, batu, kubur dan sebagainya,

* Membuangkan al-Quran atau hadith Nabi s.a.w ketempat yang hina atau memijak-mijaknya.

Seseorang Islam yang melakukan perbuatan - perbuatan yang tersebut sama ada  sengaja, sombong , takabur atau berlakon atau kerana hendak meghina agama Islam boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dan kafir

Murtad Melalui Iktiqad ( Kepercayaan )


Seseorang Muslim boleh menjadi murtad yakni terkeluar dari Islam melalui iktikad iaitu kepercayaan yang bertentangan dengan aqidah Islam. Di antaranya ialah:

* Tidak mengakui bahawa Allah s.w.t ialah Tuhan yang hanya berhak disembah.

* Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, atau mengingkari salah seorang rasul yang terdahulu dari Nabi Muhammad s.a.w.

* Tidak mengakui bahawa al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s.

* Tidak mempercayai atau meragui hukum-hukum Allah s.w.t yang disebut di dalam al-Quran dan hadith nabi.

* Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Hari Kiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan Hari Kiamat seperti syurga, neraka dan lain-lain.

* Tidak mempercayai qada' dan qadar iaitu buruk atau baik semuanya ditentukan dan datang dari Allah s.w.t.

* Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma' sahabat-sahabat Nabi s.a.w dalam perkara-perkara agama.

* Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan dalil-dalil qatie seperti menghalalkan zina, minum arak, berjudi, makan riba' dan sebagainya.

* Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan oleh allah s.w.t debgan dalil-dalil qatie' seperti jual beli, berkahwin, sewa dan sebagainya.

* Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam sesuatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau rakaatnya.

* Tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qatie'seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa sebulan Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.

Murtad


Murtad ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang Islam yang mukallaf di mana perbuatan atau perkataan itu menyebabkan seseorang tadi keluar dari agama Islam. seseorang itu boleh menjadi murtad ialah disebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut:.

* Disebabkan Iktikad ( Kepercayaan ).

* Disebabkan Perbuatan Yang Sengaja.

* Disebabkan Perkataan yang Sengaja.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebunnya


Ibn Abbas meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w :
* Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah.
* Bertaqwalah kepada Allah s.w.t dari perkara-perkara maksiat.
* Suruhlah anak-anak kamu mentaati perintah (suruhan ) Allah.
* Cegahlah mereka daripada melakukan larangan Allah.

Semua perkara di atas boleh menjaga  kamu dan anak-anak kamu daripada api neraka Allah s.w.t

Harta Yang Paling Berharga Buat Lelaki


Diriwayatkan oleh Ibn Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:" Mahukah kamu aku khabarkan dengan harta lelaki yang paling berharga ?", Isteri yang solehah. Ciri-ciri yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w ialah:

* Apabila kamu memandang kepadanya boleh  mengembirakan dan menyenagkan hati kamu.

* Apabila kamu memerintahnya maka ia akan mentaatinya kecuali perintah yang  bertentangan dengan Syariat Islamiyyah.

* Sekiranya kamu keluar rumah pergi musafir, maka ia akan menjaga harta kamu sebaik-baiknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...