Sunday, October 11, 2009
Panduan Memilih Sahabat
Allah s.w.t menegah kita daripada bersahabat dengan orang-orang fasik yang sentiasa melanggar hukum Allah s.w.t walaupun adakala ia melakukan amal ibadat kecuali kita yakin bahawa kita dapat berdakwah kepadanya untuk menjadi lebih baik. Al-Qamah seorang ulama' mashyur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya untuk memilih sahabat. Antaranya ialah:
a - Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka ia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
b - Jika ia mendapat sesuatu kebajikan atau pertolongan daripadamu ia akan menghargainya.
c - Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti ia akan melindungimu.
d - Jika engkau berdua berselisih faham , dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Saiyidina Ali kmh. pernah berkata antaranya:
" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu ketika kamu susah dan senang . Ia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa saja demi untuk kepentinganmu."
Masih adakah lagi sahabat pada zaman moden ini....fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment