twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Anjing Pandai Menyanyi

Ya Ma Ma Khuzina Tanzuri al-Madina

Wajah-Wajah Suci



Adakah kita mampu untuk mengorbankan nyawa, harta dan segala milik kita untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini seperti mereka. Sesuatau yang bernilai dan berharga tidak akan kita dapati secara percuma. Segala kesenangan akhirat memerlukan perjuangan yang penuh keikhlasan kepada Allah. Hentikanlah perbalahan dan perpecahan sesama muslim , tumpukanlah kepada matlamat kita yang satu yakni ALLAH HU GHAYA TUNA.
Takbir !!!!!

Golongan Yang Berada Dalam Jaminan Allah.

Terdapat tiga golongan manusia yang sentiasa berada dalam jaminan dan jagaan Allah s.w.t. Sekiranya mereka meninggal dunia pada masa mereka berada dalam jaminan Allah ini maka mereka dijamin oleh Allah s.w.t akan masuk syurga. Tiga golongan yang bertuah itu ialah:

* Orang yang keluar berjuang pada jalan Allah s.w.t yakni fi sabillillah. Sekiranya mereka mati , maka mati mereka mati syahid dan dijamin masuk syurga. Sekiranya mereka selamat pulang maka mereka akan mendapat pahala dan harta rampasan perang.

* Orang pergi ke masjid untuk menunaikan solat secara berjamaah di masjid, sekiranya mereka meninggal dunia maka mereka dijamin oleh Allah s.w.t masuk syurga.

* Orang yang masuk ke dalam rumahnya dengan memberi salam, maka ia akan berada di dalam jagaan dan jaminan Allah s.w.t. Kita disunatkan memberi salam ketika masuk atau keluar dari rumah walaupun tiada penghuni di dalamnya.

Ciri-Ciri Parti Allah


















Perkataan hizbullah disebut dua kali dalam al-Quran iaiti dalam surah al-mujadalah ayat 22 dan at-taubah ayat 56. Dalam surah attaubah Allah berfirman bermaksud :" Barang siapa  mengangkat Allah, rasulNya dan orang-orang beriman menjadi wali , maka sesungguhnya golongan Allah (hizbullah) itulah orang yang menang.
  

Ciri-Ciri Parti Allah:

 * Beramal untuk menegakkan negara Islam kerana Allah.
 * Menolong menegakkan syariat Allah s.w.t
 * Mentauhid atau menyatukan Umat Islam.
 * Menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
 * Berusaha supaya semua makhluk tunduk kepada perintah Allah s.w.t.
 * Membentuk akhlak mulia.
 * Memutuskan hubungan zahir dan batin dengan musuh Allah ( yakni orang yang tidak mahu tunduk kepada Islam )
 * Memperkukuhkan hubungan zahir dan batin dengan wali Allah ( yakni penolong agama Allah )


Sumber : karangan Said Hawa.

Sahabat Syaitan


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 26-27 yang bermaksud : " Berikanlah kepada sahabat karib hak mereka dan kepada orang miskin dan musafir hak mereka dan janganlah engkau membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya". Umum mengetahui bahawa membazir itu adalah makan yang tidak habis dimakan atau barang-barang yang tidak digunakan sehingga ia menjadi rosak tanpa dimanfaatkan. Adapun membazir menurut perspektif Islam adalah lebih dari itu. Perkara-perkara yang akan disebutkan di bawah ini termasuk dalam pengertian pembaziran menurut pandangan Islam.:


* Termasuk dalam istilah membazir itu ialah orang yang membelanjakan keseluruhan apa yang ada padanya sehingga ia terpaksa meminta-minta  dengan orang lain kecuali sahabat Rasulullah yang telah mencapai darjat yang tinggi dalam keimanan seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang membelanjakan keseluruhan harta beliau fi sabilillah, begitu juga Saidina Umar al-Khatab yang membelanjakan separuh dari hartanya fi sabilillah.


* Termasuk dalam istilah membazir juga ialah orang yang membeli barang-barang yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti alat muzik, arak, makan yang haram, pakaian yang mendedahkan aurat, cincin emas dan pakaian sutera bagi lelaki dan sebagainya.


* Termasuk dalam istilah membazir juga ialah membelanjakan harta pada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti berjudi, berzina, menolong orang yang zalim, rasuah, memberi pertolongan kepada parti yang tidak ingin menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.


* Termasuk dalam istilah membazir juga ialah membelanjakan harta kepada kawan-kawan yang menggunakan harta tersebut pada perkara yang melalaikan seperti pergi ke disco dan sebagainya.


* Termasuk dalam istilah membazir ialah makan dan minum atau berpakaian lebih daripada keperluan biasa atau melampaui batas seperti makan nasi sebanyak 5 pinggan.

Diam dan Menjaga Lidah


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat hendaklah ia berkata baik atau diam"..Ini kerana apabila baik lisan seseorang maka baiklah anggotanya. Sekiramya buruk lidah seseorang maka buruklah anggota badannya.

Kelebihan orang yang menjaga lidah:

* Menjaga lidah boleh menjamin seseorang untuk masuk syurga.
* Menjaga lidah boleh menghalang seseorang dari masuk neraka.
* Orang yang menjaga lidah dapat merealisasikan kebenaran dalam urusannya.
* Lisan yang baik akan menghasilkan  hati yang baik dan hati yang baik akan membawa kepada  iman yang benar dan iman yang benar akan membawa tuannya ke syurga.
* Pada diamnya lidah itu terdapat keselamatan dan kesejahteraan hidup.
* Allah s.w.t menyediakan ganjaran yang sangat hebat kepada mereka yang menjaga lidahnya.
* Menjaga lidah membawa kepada menjaga aurat.
* Berdiam diri dan akhlak yang baik itu adalah dua perkara yang ringan dan mudah tetapi ia boleh membawa ke syurga.


Ketahuilah bahawa manusia ramai masuk neraka kerana tiga anggota iaitu lidah, hati dan kemaluan.

Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu



Menuntut ilmu adalah merupaka satu ibadah sekiranya ia bertepatan dengan suruhan agama. Sebagaimana kita tahu bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w ialah berkenan dengan menuntut ilmu iaitu membaca. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Alaq ayat 1-5 bermaksud : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena( tulis) Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya. Menuntut ilmu adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia dan tuntutan agama sebagaimana sadba Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah menjadi wajib ke atas setiaporang Islam." Kata pepatah arab : " Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China ." Oleh sebab itu sebagai galakan kepada semua , maka saya senaraikan secara ringkas tentang fadhilat menuntut ilmu:

* Orang yang berilmu adalah mulia di sisi Allah s.w.t sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :" Allah mengangkat beberapa darjat bagi orang yang beriman dan beramal soleh.

* Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan untuk masuk syurga.

* Orang yang  menuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat rahmat dan mendapat ketenangan jiwa.

* Allah s.w.t, malaikat serta tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk di langit dan di bumi  berselawat ( yakni mendoakan kebaikan ) kepada semua penuntut ilmu

*  Allah  mengampunkan segala dosa orang yang menuntut ilmu ( dosa kecil ) adapun dosa besar mestilah bertaubat

Kelebihan Membaca Al-Quran


Al-Quran adalah surat-surat dari Allah s.w.t. Seseorang kekasih sudah tentu akan membaca dan melihat setiap hari surat yang telah dikirimkan oleh kekasihnya. Sesungguhnya seorang hamba itu seharusnya merasa rindu untuk membaca al-Quran yang telah diturunkan kepadanya sebagai panduan hidup. Al-Quran itu sekiranya dibaca dan diamalkan maka ia akan membuahkan hasil yang baik kepada umat Islam. Al-Quran boleh menyelesaikan penyakit-penyakit kronik yang dihadapi oleh masyarakat hadhari kini. Mengapa kita tidak mampu untuk menangani masalah sosial walaupun kita ada al-Quran. Jawapanya ialah seperti seseorang yang sakit lalu ia pergi berjumpa doktor, lalu doktor memberinya ubat yang tertulis pada bungkusan ubat tersebut peraturan , cara dan masa makan ubat tersebut. Lalu si pesakit ini balik ke rumahnya dan membaca peraturan makan ubat itu tetapi tidak memakan ubat tersebut ( tidak beramal ), maka sudah tentu ubat tadi tidak akan memberi apa-apa kesan kepada penyakitnya. Bigtulah juga dengan al-quran , sekiranya kita hanya membacanya sahaja tanpa mengamalkannya maka ia tidak dapat untuk menyelesaikan masalah gejala sosial yang sedang dalam tahap kritikal.

Kelebihan Orang yang membaca al-Quran:

* Pembaca al-Quran adalah sebaik-baik manusia.
* Setiap huruf yang dibaca ganjaranya ialah sepuluh kebajikan.
* Orang mahir membaca al-Quran akan dibangkitkan bersama orang yang mulia lagi berbakti .
* Al-Quran menjadi pemberi safaat kepada tuannya ( orang yang membacanya)
* Sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai panduannya , maka al-Quran akan membawanya ke Syurga.
* Pembaca al-Quran akan berada hampir dengan Allah s.w.t di akhirat nanti.
* Rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya dianggap sebagai kubur, maka tuannya adalah mayat.
* Al-Quran akan menjadi temannya di dalam kubur yang gelap dan sunyi itu.

Peringatan:
Zaman sekarang ibubapa akan marah sekiranya tidak pandai BI,Sains dan Matematik, tetapi ibubapa tidak merasa risau walaupun anaknya buta al-Quran. Fikir-fikirkan..................

Adat Yang Diterima Syariat.


Islam tidak melarang pengikutnya untuk mengamalkan adat-adat yang tidak bertentangan dengan syariat. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah:

* Adat itu tidak bertentangan dengan nas syarak. Sekiranya ia bertentangan dengan nas syarak maka wajid dibuang jauh-jauh. Seperti membaca doa sebagai pembukaan majlis tetapi majlis tersebut diisi dengan tarian , nyanyian serta perkara-perkara yang laghouth( sia-sia).

* Adat tersebut telah diketahui dan diamal oleh masyarakat umum dan semua mengetahuinya seperti orang lelaki pakai kain batik pergi ke laut bagi orang kelantan.

* Adat yang dilakukan itu sudah wujud dan masih diamalkan hingga kini .

* Tidak wujud satu perkataan mahupun perbuatan yang menyalahi adat.

Ciri-Ciri Mukmin Sejati









Dalam Surah Mukminun Allah s.w.t telah menyatakan sifat-sifat mukmin yang sejati dari ayat 1 hingga 10.

Orang-orang mukmin yang bersifat dengan sifat demikian adalah orang berjaya di dunia dan akhirat. Antara sifat yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t ialah :

* Orang khusyu' di dalam solatnya. Menurut Zainuddin 1988 di dalam Terjemah al-Quran, khusyu' bererti tunduk hati dan tetap ingatan kepada Tuhan ketika mengerjakan sembahyang atau ketika memohon doa kepadanya.Ibn A'bbas berpendapat khusyu' bermaksud takut dan tenang. Saidina  Ali k.w. pula mengatakan bahawa khusyu' di dalam ayat ini ialah khusyu' hati. sementara Hassan al-Basri pula berpendapat khusyu' itu ialah khusyu' hati, tunduk pandangan dan merendahkan diri di hadapapun dan Allah s.w.t. . Muhammah din sirrin berkata bahawa Sahabat Rasulullah s.a.w apabila solat mereka mengangkat pandangan ke langit dan apabila ayat ini diturunkan maka mereka menundukkan pandangan mereka ke tempat sujud. Dan khusyu' di dalam sembahyang itu akan  terhasil apabila seseorang itu mengosongkan hati daripada perkara-perkara lain dan diisikan sepenuhnya dengan solat. Pada ketika itu solat akan membuat dirinya tenang dan penyejuk mata. Sabda Rasulullah s.a.w: " Aku suka kepada wangian, wanita( isteri ) dan solat kerana solat menjadikanku sejuk mata memandang ( tenang )."

* Sifat mukmin yang ke dua ialah meninggalkan perkara-perkara sia-sia ataupun perkara-perkara batil yakni termasuk syirik kepada Allah s.w.t., maksiat , kata-kata dan perbuatan yang tidak berfaedah.

* Menunaikan zakat. zakat di dalam ayat ini menurut Muhammad Ali as-Sobuni ialah zakat harta. Ada pula yang berpendapat perkataan zakat bermaksud menyucikan diri daripada perkara-perkara syirik dan keji.

* Menjaga kemaluan mereka daripada melakukan perkara-perkara keji seperti berzina, liwat dan tidak menghampiri perempuan-perempuan yang bukan mahram kecuali terhadap isteri dan hamba sahaya mereka yang telah dihalalkan kepada mereka. Al-Imam as-Syafie juga berhujjah dengan ayat ini tentan hukum haram " istimna" iaitu berzina dengan tangan.

* Mereka menunaikan amanah dan menepati janji. tidak seperti sifat munafik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila mereka bercakap maka mereka berbohong, apabila mereka berjanji mereka ingkari dan apabila mereka diberi amanah maka mereka mengkhianati."

* Mereka menjaga solat . Yakni sentiasa sembahyang di awal waktu sebagaimana Ibn Masu'd berkata: Aku bertanya Rasulullah tentang apakah amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ?. maka Rasulullah s.a.w memjawab: Sembahyang di awal waktu , berbuat baik kepada ibubapa dan berjihad di medan peperangan. Qatadah berkata , menjaga solat bermaksud menjaga waktunya, ruku'nya dan sujudnya.

Apabila seseorang mukmin itu bersifat dengan akhlak mahmudah tersebut maka Allah s.w.t akan mewariskan mereka syurga Firdaus.

Azan Tidak Pernah Berhenti 24 Jam



Inilah kebesaran Allah s.w.t yang jarang disedari oleh hamba-Nya yang jahil dan dangkal.

Tiga Perkara






Sabda Rasulullah s.a.w : Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang menaikkan darjat.






* Tiga Perkara Yang Membawa Kemusnahan Ialah:
   - Perasaan bakhil yang diikuti.
   - Nafsu yang dituruti.
   - Seseorang yang merasa ujub dengan dirinya.

* Tiga Perkara Yang Boleh Menyelamatkan:
   - Berlaku adil semasa marah dan redha.
   - Berjimat-cermat ketika kaya dan miskin.
   - Takutkan Allah ketika sunyi dan terang.

* Tiga Perkara Yang Boleh Menghapuskan Dosa :
   - Menunggu waktu sembahyang.
   - Mengambil wudu' walaupun ketika susah ( sejuk ).
   - Berjalan ke masjid untuk berjamaah.

* Tiga perkara Yang Boleh Meningkatkan Derjat :
   - Memberi orang lain makan.
   - Memberi salam.
   - Sembahyang malam ketika orang lain sedang tidur nenyak.

Penggunaan Kata Majmuk ( Dua perkataan yang ditulis berdekatan )

PANDUAN EJAAN RUMI
PENGGUNAAN KATA MAJMUK
Kata majmuk – dua atau lebih kata dasar yang membawa satu makna.
Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap
Bil
Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
1
Antara
Bangsa
Antarabangsa
2
Apa
Bila
Apabila
3
Apa
Kala
Apakala
4
Apa
Lagi
Apalagi
5
Bagai
Mana
Bagaimana
6
Barang
Kali
Barangkali
7
Beri
Tahu
Beritahu
8
Bumi
Putera
Bumiputera
9
Dari
Hal
Darihal
10
Dari
Pada
Daripada
11
Duka/suka
Cita
Dukacita/sukacita
12
Hulu
Balang
Hulubalang
13
Jawatan
Kuasa
Jawatankuasa
14
Kaki
Tangan
Kakitangan
15
Ke
Pada
Kepada
16
Kerja
Sama
Kerjasama
17
Mana
Kala
Manakala
18
Mata
Hari
Matahari
19
Olah
Raga
Olahraga
20
Pada
Hal
Padahal
21
Pesuruh
Jaya
Pesuruhjaya
22
Setia
Usaha
Setiausaha
23
Suka
Rela
Sukarela
24
Suruhan
Jaya
Suruhanjaya
25
Tanda
Tangan
Tandatangan
26
Tanggung
Jawab
Tanggungjawab
27
Warga
Negara
Warganegara


Selain yang disenaraikan di atas, kata majmuk hendaklah dieja terpisah.
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima imbuhan apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk
Apitan
Ejaan
kuat kuasa
peN....an
Penguatkuasaan
kemas kini
meN...kan
Mengemaskinikan
anak tiri
meN...kan
Menganaktirikan
ibu bapa
ke...an
Keibubapaan
kuat kuasa
di...kan
Dikuatkuasakan
campur aduk
peR...an
Percampuradukan
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat contoh jadual di bawah.
Imbuhan
Kata Majmuk
Kata Majmuk Terbitan
berR-
garis pusat
bergaris pusat
meN-
ambil alih
mengambil alih
peN-
cari gali
pencari gali
-an
daya serap
daya serapan
-kan
urus niaga
urus niagakan


Disusun oleh;
Noer Ashikin Muhiddin

Ciri-Ciri Jahiliah Moden


Apabila kita sebut Zaman Jahiliah maka kita bayangkan zaman sebelum kedatangan atau kebangkitan Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka  hidup tanpa petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t. Antara amalan mereka yang sering kita dengar ialah membunuh anak perempuan , berjudi, berzina, minum arak, menyembah berhala, berperang, meletakkan wanita sebagai barang yang boleh diperdagangkan  dan diwarisi dan lain-lain lagi. Namun begitu hampir kesemua amalan yang telah dilakukan oleh orang pada zaman jahiliah masih dilakukan oleh manusia yang hidup pada zaman moden ini, malahan kadang-kadang perbuatan atau jenayah yang dilakukan oleh manusia pada zaman moden ini lebih teruk dan dahsyat daripada zaman jahiliah dahulu. Oleh itu kita namakan zaman sekarang dengan Zaman Jahiliah Moden. Iaitu moden di sudut kemajuan sains dan teknologi ( pembangunan fizikal ) tetapi mundur, ketinggalan atau jahil di sudut rohani. Manusia pada zaman sekarang mementingkan kesenangan dunia semata-mata ( materialistik ) yang menyebabkan otak mereka tidak dapat berfikir secara waras
(otak plastik).

Tingkatan Nafsu


Menurut ulama' Tasawuf nafsu boleh dikatogerikan kepada beberapa jenis:

* Nafsu Ammarah: Iaitu nafsu yang suka menyuruh dan mengajak tuannya untuk melakukan kejahatan. Ia merupakan tingkatan nafsu yang paling rendah.

* Nafsu Lauwamah : iaitu yang berjuang antara kebaikan dan kejahatan. Adakala kebaikan akan menang dan adakala kejahatan mengatasi kebaikan.

* Nafsu Musauwilah: Iaitu nafsu yang pandai menipu tuannya sehingga kejahatan itu diubah,disolek dan dinampakkan sebagai suatu kebaikan atau maksiat dijadikan ibadah. sebagai contoh melihat tarian itu dianggap sebagai menghargai bakat yang telah dikurniaan oleh Allah s.w.t.

* Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang telah mencapai tahap yang paling tinggi yang tenteram, tenang dan suci.

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibubapa


Seseorang anak mestilah menunaikan tanggungjawab  terhadap ibubapanya terutama sekali ketika mereka sudah tua. Antara perkara yang wajib dilakukan oleh seorang anak ialah:

* Memberi makan , minum dan semua urusan kehidupan seharian.
* Menyediakan pakaian untuk kedua-duanya.
* Menyahut panggilan mereka.
* Mentaati perintak kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan hukum syara'.
* Melembutkan suara ketika berbicara dengan mereka.
* Menyeronokkan hati mereka.
* Menyayangi mereka sepenuh hati.
* Merendahkan diri terhadap mereka.
* Tidak mengherdik mereka.

Ketahuilah bahawa balasan kepada dosa yang dilakukan oleh Umat Nabi Muhammad akan dikenakan di hari akhirat nanti kecuali satu dosa yang akan disegerakan di atas dunia iaitu dosa orang menderhakai ibubapanya. Jadi fikir-fikirkanlah...........

Sebab-Sebab Hati Menjadi Sakit Dan Penawarnya


Antara jenis hati ialah hati sihat, hati sakit dan hati mati. Punca-punca yang menyebabkan hati seseorang itu menjadi sakit ialah:

* Terlalu mencintai dan mengharapkan kehidupan duniawi. Ia sanggup menghabiskan waktu dan memerah akal fikiran untuk memikirkan keduniaan semata-mata tanpa mengambil kira akhirat yang pasti akan ditujuinya.

* Terlalu mengikut hawa nafsu. Manusia dianugerahkan akal fikiran , akal inilah yang akan mengawal dan memandu nafsu kita supaya berada pada landasan yang betul dan dibenarkan oleh syara'. Apabila hawa nafsu sudah mengawal akal kita maka pada saat itu rosaklah kehidupan kita.

* Selalu marah, ini kerana sifat marah dan taasub dengan nafsu menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil serta tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan benar.

* Suka kepada sifat menunjuk-nunjuk , suka menjadi orang yang disanjung dan menjadi ketua dalam segala hal.

* Terlalu banyak perdebatan dan percakapan yang tidak memberi faedah dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

* Penyakit hasad dengki dan takabbur yakni sombong dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain.

Cara-Cara Mengubatinya:

- Memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t.
- Memperbanyakkan membaca al-Quran.
- Memperbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.
- Berpuasa sunat.
- Berakhlak denganakhlak yang mulia.
- Berbuat baik kepada ibu bapa.
- Banyakkan bersedekah.

Semoga Allah s.w.t memberkatinya.

Murtad Melalui Perkataan


Perkataan - perkataan yang boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad ialah mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran, di antaranya ialah:

- Mengatakan Allah s.w.t itu ada sekutunya dan berbilang-bilang.
- Mengatakan bahawa Allah s.w.t tidak berkuasa ke atas alam ini.
- Mengatakan bahawa Syariah Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara     individu dengan masyarakat dan negara.
- Mengatakan hukum-hukum Islam tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat moden dan berbilang bangsa pada hari ini.
- Mengatakan bahawa sesetengah hukum Islam tidak sesuai lagi digunakan pada hari ini dan hanya sesuai pada zaman silam sahaja.
- Mengatakan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat oleh ulama' tafsir terdahulu tidak lagi sesuai digunakan
sebagai dasar hukum hari ini  dan menganjurkan ulama' hari ini untuk membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummah dan kedudukan negara masa kini.
- Mengatakan bahawa agama Islam itu sama sahaja dengan agama lain
- Mengatakan bahawa qada' dan qadar bukan datang dari Allah s.w.t malah ia datang dari makhluk itu sendiri atau dari kekuatan alam semula jadi.
- Mengatakan bahawa Allah s.w.t adalah salah satu daripada tiga Tuhan iaitu Nabi Isa, Maryam dan Ruh al-Qudus.

Barangsiapa yang pernah mengeluarkan salah satu daripada perkataan di atas maka hendak ia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan segera sebelum Allah s.w.t menjemputnya ke lubang kubur ..........

Anda Ingin Murah Rezeki ...?


Ada empat perkara yang membolehkan seseorang itu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t antaranya ialah:

* Sentiasa Qiamullail - Yakni bangun sembahyang 2/3 malam ketika insan lain sedang nenyak dibuai mimpi.

* Sentiasa berIstighfar - Yakni memohon keampunan dari Allah s.w.t lebih-lebih lagi 2/3 malam ( waktu sahur)



 
  * Sentiasa rajin bersedekah lebih-lebih lagi kepada orang yang memerlukan.

  * Sentiasa berzikir di awal pagi dan di petang hari.

Hikmah Poligami





Poligami bererti mengamalkan beristeri lebih dari satu iaitu dua, tiga atau maksimumnya empat. Islam mengharuskan poligami ini atas beberapa alasan dan sesiapa yang mengingkari keharusan poligami ini boleh menjadi murtad kerana ia telah dijelaskan dan dibenarkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Antara hikmah yang dapat dikesan ialah:





1 - Sekiranya sang suami mempunyai kehendak nafsu yang sangat kuat sehingga isterinya tidak mampu untuk memenuhi tuntutan suaminya.

2 - Sekiranya sang isteri selalu uzur sehingga tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagi seorang isteri kepada suaminya.

3 - lelaki yang sanggup mengahwini janda akan menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu akibat kematian suami di meda jihad.

4 - Menyelamatkan wanita atau anak dara yang masih belum berkahwin.

p/s: Poligami tidak disyaratkan kebenaran daripada isteri.
       Poligami adalah merupakan satu jalan penyelesaian kepada masalah
       bukan satu peluang yang akhirnya menimbulkan masalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...